BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

PENDAHULUAN…
Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan etnik seperti Melayu, Cina, India, Negeri Sabah dan Sarawak. Pelbagai budaya ini semestinya serba sedikit telah mempengaruhi budaya pemakanan  setiap etnik. Walaupun demikian, setiap etnik masih mempertahankan makanan tradisional masing-masing seperti yang kita dapat lihat setiap upacara perayaan setiap etnik akan menyediakan juadah tradisi yang sudah diwarisi sejak turun-temurun.


MAKANAN TRADISIONAL MELAYU….
BELACAN….
Bagi masyarakat Melayu,belacan amat popular dalam setiap hidangan masakan. Belacan merupakan bahan masakan yang diperbuat  daripada udang kara yang telah dimampatkan. Proses ini membuatkan belacan dapat disimpan dengan lebih lama. Terdapat sesetengah orang  suka membakarnya terlebih dahulu untuk membangkitkan bau belacan tersebut.


GULA MELAKA
gulamelaka

Gula Melaka atau dikenali juga dengan nama gula tuak banyak terdapat banyak di Melaka. Gula Melaka ini  sangat berbeza dengan gula biasa kerana kemanisan dan kehalusannya. Proses membuat gula Melaka ini sangat rumit dan mempunyai banyak peringkat. Seseorang  yang mahir membuat gula Melaka akan dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik.

MAKANAN TRADISIONAL CINA

KUIH BULAN
Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan  Musim Luruh.  Kuih bulan ini diperbuat daripada adunan yang sangat manis dan memiliki inti biji buah terantai atau kacang merah atau kuning telur masin ditengahnya. Kuih ini dibuat sebagai tanda persembahan kepada Dewa Dapur yang akan memakan  kuih ini. Dengan ini, Dewa Dapur tidak akan menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga.

MAKANAN TRADISIONAL INDIA
BRIYANI
Masyarakat india amat terkenal dengan masakan briyani. Briyani ialah sejenis makanan berasakan nasi dan dimasak bersama rempah, beras  (beras basmati selalunya) dan juga ayam, daging atau sayur-sayuran

NASI DAUN PISANG
Masyarakat india mempercayai bahawa apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang akan melepaskan lapisan daun pisang yang dapat membantu penghadaman 

Monday, October 18, 2010

REMPAH RATUS
Di Malaysia terkenal dengan tumbuhan rempah yang  banyak sekali ditanam secara meluas sebagai rempah ratus dalam masakan malah membuka ladang khusus untuk tumbuhan berempah. Walaupun demikian, ramai yang masih tidak mengetahui khasiat yang terkandung dalam rempah ratus. Terdapat banyak khasiat yang diperolehi antaranya ialah:

BAWANG PUTIH (ALLIUM SATIVIUM )
Salah satu rempah ratus yang sangat terkenal  dalam kalangan masyarakat Cina. Kebanyakkan semua masakan memerlukan bawang putih sebagai penyedap rasa dan membangkitkan aroma yang boleh membukakan selera.
  • v  Sakit kepala

Ambil beberapa ulas bawang putih, segenggam daun turi dan 7 biji lada. Bahan kesemua ini ditumbuk dan gaulkan dengan 1 sudu besar  cuka dan perapkan. Letak campuran ini di kening mata

ASAM JAWA
Asam jawa mempunyai pokok yang tinggi dan berdaun rendang. Buahnya banyak digunakan dalam masakan
  • v     Melangsingkan badan

Amalkan meminum air asam 2 kali sehari selepas makan. Insya-Allah amalkan selama beberapa minggu sehingga boleh menampakkan perubahan.


LENGKUAS (ALPINIA COCHIGERA)
Lengkuas merupakan rempah ratus yang mudah di dapati di Malaysia dan mudah ditanam. Selain daripada penyedap masakan, lengkuas juga mempunyai nilai yang tinggi.
  • v     Rheumatik (sengal sendi tulang / otot-otot

Ambil lengkuas sekadar dua jari, kemudian diparut, bubuh sedikit air masak kemudian ditapiskan dan ambil airnya. Campurkan air tersebut dengan sebiji telur ayam kampung dan digoncangkan sehingga merata lalu diminum. Minumlah 2 kali seminggu

Wednesday, October 13, 2010